14 October 2013

TEMASYA SUKAN SK DESA PUTRA KALI KE 32 TAHUN 2013


Pada 6 Oktober 2013 (Ahad), Temasya Sukan SK Desa Putra kali ke-32 telah dirasmikan oleh YB Shahrum b. Dato' Mohd Sharif, ADUN Dengkil bertempat di padang SK Desa Putra.
Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti Larian Komuter Tahap 1, Lari Berpagar Tahap 2, Larian ERL Tahap 1 & 2 dan Save The World Tahap 2.
Pihak sekolah sangat berbesar hati dengan kehadiran ibu bapa yang turut memeriahkan lagi temasya sukan. Ucapan setinggi penghargaan terima kasih ditujukan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan temasya sukan kali ini iaitu YB Shahrum b. Dato' Mohd Sharif (ADUN Dengkil), En. Zuhaimi b. Md Nasir (wakil PPD Sepang), Mutiara Kalim Enterprise, Nyky Trading, T.S. SIDI Guardforce, Restoran Arham, AJK PIBG serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.


Gambar-gambar sekitar Temasya Sukan kali ke-32
guru besar Pn Asmah sedang menyampaikan ucapan

YB Shamrom pula memberi kata semangat
YB Shahrum b. Dato' Mohd Sharif sedang menyampaikan ucapan perasmian.


perbarisan di ketuai wakil rumah hijau
salam hormat dari rumah biru

rumah merah juga tetap garang 
hijau memang gagah perkasa
Perbarisan masuk kontinjen rumah-rumah sukan.

kuning tetap melawan
lafaz ikrar dari ketua rumah sukan dan murid


Acara Lari Komuter

 lari dalam guni.

Barisan VIP sedang menyaksikan temasya sukan.

 
Acara yang dipertandingkan bagi acara Ibu Bapa adalah timang bola takraw dan menjaring bola.

Pn. Asmah bt. Ismail, Guru Besar SK Desa Putra merakamkan kenangan bersama pemenang


nak gigit medal la..

merah memang garang

merah garang lagi


eh merah lagi

akhirnya kuning berjaya menyingkirkan merah
Bestnya dapat hadiah....

warna baju kita sama la

dulu-dulu rumah hijau memang gagah.. dulu-dulu la...

Tahniah buat merah...

En. Azmin b. Mohd Saleh, salah seorang pemenang bagi acara Ibu Bapa kategori Lelaki.



Salah seorang pemenang bagi acara Ibu Bapa kategori Perempuan. Tahniah!

Johan: Rumah Merah; Naib Johan: Rumah Kuning;
Ketiga: Rumah Biru; Keempat: Rumah Hijau.
aduuiii.. merah lagi

Johan Temasya Sukan Tahunan kali ke-32 dimenangi oleh Rumah Merah

Naib Johan Temasya Sukan Tahunan kali ke-32 dimenangi oleh Rumah Kuning.

TAHNIAH BUAT SEMUA!!!

Sorakan hep, hep, horeyyy....yeahhh...








No comments:

Post a Comment