15 May 2011

SELAMAT HARI GURU


         Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari Guru pada 16 Mei. Pada tahun ini temanya Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.
          Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.






Kek Dari Adun Dengkil

Kek dari YB Dato' Sri Ir.Md Zin Mohamed

No comments:

Post a Comment