06 May 2011

I.E.E SCANNER


Penggunaan teknologi dan inovasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran semakin berkembang di SK Desa Putra. Kebanyakan guru-guru menggunakan peralatan ICT dengan sebaiknya dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat murid selain membantu mereka memahami kandungan pelajaran. Ia telah dikembangkan lagi dengan penggunaan i.e.e Scanner. 
i.e.e scanner

i.e.e scanner telah membantu guru-guru SK Desa Putra dalam proses mengaplikasi teknologi yang bersesuaian dalam usaha meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan  pembelajaran yang merangkumi wadah objek pembelajaran (learning object repository).
Alat ini amat sesuai digunakan di makmal untuk sesi pengajaran terutama ketika  melakukan eksperimen. Guru dapat memberikan kaedah pembelajaran yang sistematik di samping menyalurkan ilmu pengetahuan kepada murid menerusi pelbagai warna dan kaedah. Selain meningkatkan tahap penguasaan dan keberkesanan pengajaran aplikasi yang terdapat pada i.e.e Scanner juga berfungsi sebagai kamera video di mana penggunaan teknologi ini mampu menyalurkan kaedah siantifik dalam sistem aplikasi untuk menghasilkan sistem pengajaran yang menyeluruh terutama dalam pembinaan dan merangka rekabentuk program akademik.

No comments:

Post a Comment