30 January 2011

Lawatan dan Sumbangan BKG SKDP

Seorang daripada pekerja SK Desa Putra mengalami kemalangan jalanraya baru-baru ini. Beliau telah dirawat di Hospital Putrajaya.
Wakil guru SKDP menyampaikan sumbangan kepada En. Alias

28 January 2011

MAKLUMAN AKTIVITI KOKURIKULUM DAN TASMIK

Untuk makluman, aktiviti kokurikulum dan tasmik akan diadakan pada minggu ke-2, ke-4 dan ke-5 seperti ketetapan berikut:


AKTIVITI KOKURIKULUM
Tahun 1 dan 2           -  Tiada
Tahun 3, 4 dan 5      -  8.45pg - 12.00 tgh
Tahun 6                     -  8.45pg - 12.00 tgh



TASMIK
Tahun 1 dan 2           -  8.45pg - 9.45pg
Tahun 3, 4 dan 5      -  7.40pg - 8.40pg
Tahun 6                     -  1.00ptg - 1.30ptg (Hari Rabu)

* Kehadiran semua murid adalah WAJIB
*Sebarang pembatalan aktiviti akan dimaklumkan kepada murid



26 January 2011

Sekitar Hari Anugerah Kecemerlangan

Pada 22hb. Januari 2011 telah diadakan sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan Murid SK Desa Putra bertempat di Dewan Orang Ramai Kg. Desa Putra. Majlis telah dirasmikan oleh En. Zamree bin Abdul, Pengurus Bahagian Sumber Manusia dan Kualiti Tenaga Nasional Berhad, Putrajaya. Turut hadir :

  • Pn. Siti Aishah bt Aziz,  Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Sains dan Kemasyarakatan Pejabat Pelajaran Daerah Sepang. 
  • Tn. Hj. Husin b Sairin, Ketua Kg. Desa Putra.
  • En. Abdul Rahman b Ahmad, Ketua Kampung / Pengerusi JKKK.
  • Tn. Hj. Ir. Mohd Hatta b. Zakaria, Yang di-Pertua PIBG,  dan
  • Pn. Asmah bt Ismail, Guru Besar SK Desa Putra.

Jemputan VIP yang hadir

Antara jemputan VIP  yang turut hadir

Ibu bapa turut hadir memberi sokongan kepada anak-anak

Sebahagian murid yang menerima anugerah
Ucapan aluan dari YDP PIBG

Ucapan penghargaan Guru Besar SKDP

Ucapan perasmian oleh perasmi

Persembahan muzik rekoder  murid SKDP

Persembahan dikir barat Bahasa Arab murid SKDP


Penyampaian anugerah dari wakil Pegawai PPD

Anugerah kepada murid cemerlang

Penyampaian anugerah murid 5A UPSR 2010

Anugerah murid Cemerlang Sukan 2010 (Dayana bt. Mahamud)

Anugerah murid Cemerlang Ko-kurikulum 2010 (Mohd Arif b. Jemali)

25 January 2011

Cuti Tahun Baru Cina

Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang, sesi persekolahan SK Desa Putra akan mula bercuti pada 31/1/2011 (Isnin) hingga 4/2/2011 (Jumaat) . 

24 January 2011

Pengetahuan Am (Bunga Raya)

Bunga Raya

Bunga Kebangsaan Malaysia ialah bunga raya yang mempunyai 5 ranggi atau petal dan berwarna merah. Warna merah pada bunga raya melambangkan keberanian dan perpaduan rakyat Malaysia.
Bunga Raya adalah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.
Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Selain itu, bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai “Queen Tropical Flowers” ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.


Kelas Elite

Kelas Elite telah diilhamkan oleh Guru Besar SK Desa Putra, Pn. Asmah bt Ismail. Ia bertujuan memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman murid tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR nanti.







Aktiviti Panitia Bahasa Inggeris

Setiap hari Selasa, waktu perhimpunan awal pagi diadakan minggu aktiviti Bahasa Inggeris. Pelbagai aktiviti Bahasa Inggeris diadakan bertujuan menarik minat semua murid berbahasa Inggeris. Bahasa Inggeris merupakan bahasa penghantar antarabangsa yang perlu dikuasai oleh semua lapisan masyarakat.



04 January 2011

HARI ANUGERAH 2010

SK DESA PUTRA akan mengadakan sambutan Hari Anugerah 2010 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh   : 22 Januari 2011 (Sabtu)
Masa    : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Orang Ramai, Kg. Desa Putra